Tahniah pada bumi Palestin, rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia.
Hari ini Jumaat yang mulia – 9 Syawal kita mengecapi kemenangan yang besar buat umat Islam di seluruh dunia.
Ia bermula apabila negara haram Israel mengisytiharkan gencatan senjata dan diikuti dengan persetujuan oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Ini adalah saat yang memalukan dan menghinakan buat Israel apabila terpaksa menyerah kalah, mengakui kehebatan tentera Al Qassam yang setanding tentera negara-negara kuasa besar, solidariti orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia serta yang paling penting doa orang-orang yang dizalimi dan orang soleh yang dimakbulkan Allah SWT.
Kita dapat lihat kali ini bagaimana media memainkan peranan penting di seluruh dunia untuk mendapatkan solidariti umat Islam dan bukan Islam.
Malaysia juga tidak kurang hebat dengan kempen ‘Koyak Israel’ dan kejayaan penggodam menggodam komputer-komputer dan alat-alat teknologi pihak musuh Israel.
Begitu juga video-video yang dihasilkan rakyat Malaysia seperti Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM), menyokong rakyat Palestin terutama kepada wanita dan kanak-kanak.
Di samping itu, setiap saat dan minit disiarkan berita-berita kekejaman Israel, kehebatan tentera Al Qassam yang melancarkan roket-roket dan senjata-senjata ke arah Israel, kemusnahan jiwa dan harta benda yang dialami rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita serta serangan-serangan ke atas petugas dan kenderaan kesihatan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.
(t.me/hadispalestin, https://t.me/AMANPALESTINBERHAD)
Media memainkan peranan yang sangat penting dalam apa jua kempen peperangan. Buktinya dapat dilihat dalam perang-perang sebelum ini melalui kempen propaganda dan perang saraf yang boleh melumpuhkan kuasa besar dan memberi kejayaan pada kuasa yang dianggap kecil tetapi berbisa.
Tidak semestinya tentera yang dianggap sedikit akan tewas pada tentera yang kelihatan besar. (Boleh rujuk pada Perang Badar)
Oleh itu, manfaatkan sebaiknya dan sepenuhnya keanjalan dan kebebasan media untuk terus berusaha membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa demi kepentingan ummah. Tiada yang mustahil sekarang.
Perkasakan semua platform media di mana sahaja kita berada.
Kita semua adalah wartawan.
Kita semua boleh membuat perubahan.
Kita adalah denyut jantung ummah. – Ismaweb
Dr Norzila Baharin
Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah Media Isma Sdn Bhd
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)