Hamas tidak akan sentuh derma pemulihan Gaza

 

GAZA – Ketua politik Hamas, Yahya Sinwar berkata pada Rabu bahawa pergerakan tersebut tidak akan menyentuh satu sen pun derma daripada masyarakat antarabangsa yang disumbangkan untuk tujuan pembangunan semula Gaza.

Gaza sebelum ini dibom dalam satu siri serangan Tentera Israel yang menyaksikan beberapa buah bangunan musnah termasuk infrastruktur elektriknya selama 11 hari sebelum berakhir dengan satu gencatan senjata.

Gencatan senjata itu melibatkan tentera rejim Zionis dengan Hamas serta Jihad Islam pada Jumaat minggu lalu.

Menurut portal berita Newsweek yang memetik laporan berita AP, Yahya berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan pemulihan semula Gaza itu asalkan ia tidak datang dari Israel.

Beliau juga menyatakan bahawa pada masa lalu, Hamas tidak pernah mengambil sesen pun bantuan yang dihulurkan untuk Palestin.

Ketua politik Hamas itu juga berkata, pergerakan tersebut mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung aktiviti-aktivitinya menyebabkan ia tidak mengambil sebarang wang bantuan.

Dalam serangan tentera Israel selama 11 hari itu, lebih 200 penduduk Gaza terbunuh termasuk 66 kanak-kanak manakala lebih 1,900 orang lagi cedera.

Seramai 12 penduduk Israel maut dan kira-kira 357 lagi cedera akibat serangan balas roket dari Gaza dalam pertempuran dengan para pejuang Palestin itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts