Israel kalah ‘perlawanan’ persepsi AS

 

WASHINGTON – Buat pertama kali dalam tempoh yang sangat panjang, negara pengganas Israel kalah dalam ‘perlawanan’ persepsi di Amerika Syarikat (AS) tatkala penggubal undang-undang mempersoalkan polisi pro-Israel kerajaan.

“Ini bukan mengenai kedua-dua pihak,” kata Anggota Kongres AS, Alexandria Ocasio-Cortez dalam ucapannya, “Ini adalah ketidakseimbangan kuasa,” yang cenderung menyokong Israel sebahagian besarnya susulan sokongan tentera dan diplomatik.

“Presiden mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri. Tetapi bukankah rakyat Palestin mempunyai hak untuk terus hidup?” soalnya.

Rakan sejawatnya, Rashida Tlaib membuat tarikan emosi dalam ucapannya kepada Kongres AS dengan menceritakan kisah seorang ibu Palestin yang tidak berdaya.

“Dia berkata malam ini saya meletakkan anak-anak tidur di bilik tidur kami jadi jika kami mati, kami mati bersama. Dan tidak ada yang hidup untuk meratapi kehilangan yang lain.

“Kenyataan itu membuat saya bertambah kesal kerana dasar dan dana negara saya menolak hak ibu ini untuk melihat anak-anaknya hidup, hidup tanpa rasa takut,” kata Tlaib sambil menangis.

Di antara hampir 250 penduduk Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel, 66 adalah kanak-kanak.

Akhbar New York Times memaparkan wajah kanak-kanak Palestin yang dibunuh Israel itu pada muka depan bahkan pelbagai penerbitan dan rangkaian berita AS memberi lebih banyak ruang untuk suara golongan muda Palestin yang melalui serangan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts