Ada orang yang berfikir bahawa orang Yahudi juga berhak ke atas Baitul Maqdis. Adakah ianya benar atau sebaliknya. Berikut merupakan hak orang Yahudi terhadap Baitul Maqdis dari perspektif agama, seperti yang diceritakan dalam ayat 21-26 surah Al-Maidah.
Ayat 21hingga 26 surah Al-Maidah menceritakan Nabi Musa AS mengarahkan Bani Israel mengalahkan satu kaum di Baitul Maqdis dan mengambil alih Baitul Maqdis. Ketika itu, Bani Israel adalah umat pilihan, iaitu umat yang Allah amanahkan untuk menjaga Baitul Maqdis.
Namun, Bani Israel bersikap kurang ajar, dan menyuruh Nabi Musa AS pergi sendiri berperang bersama Tuhannya. Keji sungguh perangai mereka. Dahlah enggan berjihad, pastu hina Allah SWT dan Nabi Musa AS!
Disebabkan kejian mereka, Allah haramkan mereka dari masuk ke Baitul Maqdis. Pengharaman ini ada dua kemungkinan, iaitu diharamkan selamanya, atau diharamkan selama 40 tahun. Lalu mereka disesatkan Allah di satu kawasan lapang.
Apapun kemungkinan tempoh pengharaman itu (selamanya, atau 40 tahun), ia tetap tidak menunjukkan hak Bani Israel terhadap Baitul Maqdis pada zaman kenabian Muhammad SAW. Hal ini kerana sebab pengharaman (reason of prohibition) itu adalah kekejian dan kederhakaan Bani Israel kepada Allah SWT. Justeru, selagi mana mereka berlaku keji dan derhaka kepada Allah SWT, Baitul Maqdis itu haram buat mereka.
Apatah lagi, Allah SWT dalam Surah Annur ayat 55 menegaskan bahawa seluruh bumi ni diwariskan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Adakah Bani Israel yang sedang menjajah Palestin itu beriman dan beramal soleh?
Manakala dalam Surah Yunus ayat 14, Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW dan orang beriman adalah khalifah dan pewaris terbaharu, selepas kaum-kaum terdahulu ingkar pada Allah dan nabi yang diutus kepada mereka. Antara kaum yang ingkar itu adalah Bani Israel.
Justeru, kita umat Islam perlu pertahankan tanah suci yang diperoleh Khalifah Kedua; Umar Al-Khattab ini. Ia diperoleh secara sah dan aman damai. Sejak dari itu, ia milik sah orang yang beriman. Orang beriman telah bergolok bergadai mempertahankannya, bahkan golongan ini akan terus dalam keadaan demikian hinggalah ke hari kiamat.
Ustaz Bilal Jailani
YDP ISMA BANGI
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)