1. Ayat al-Quran ini sangat menarik untuk direnungi. Pada kebiasaannya, apabila manusia takutkan sesuatu, dia akan lari menjauhi daripada sesuatu itu. Tetapi sekiranya manusia itu takutkan Allah, dia akan lari dekat kepada Allah. Firman Allah:
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
“Dan berlarilah kamu kepada Allah” (Surah al-Zariyat: 50)
2. Perhatikan bagaimana perkataan “fa firru” digunakan disini. Kalimah “firru” ini membawa maksud “berlarilah”. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Baghawi yang menyatakan:
فاهربوا من عذاب الله إلى ثوابه
(Maksud “Fa firru ialah) “maka larilah kamu daripada azab Allah, larilah kamu kepada pahala yang akan diberikan olehNya.”
3. Dalam erti kata yang lain, sekiranya manusia itu takut kepada Allah, Dia akan lebih rapat dan dekat dengan kita. Ia tidak sama dengan makhluk yang andai kita takut dengannya, kita akan menjauhinya. Takut kepada Allah melahirkan ketenangan jiwa sedangkan takut kepada makhluk menimbulkan keresahan dan kebimbangan.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)