GAZA– Pihak berkuasa pendudukan Israel telah merobohkan 421 kediaman Palestin sejak awal tahun 2021, dedah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) dalam laporannya baru-baru ini.
“Setakat ini pada tahun 2021, pihak berkuasa Israel telah merobohkan, merampas atau memaksa orang untuk merobohkan sekurang-kurangnya 421 struktur milik Palestin, termasuk 130 yang dibiayai oleh penderma (di Tebing Barat),” menurut laporan itu.
Ia juga menyatakan bahawa seramai 592 orang, termasuk sekitar 320 anak-anak telah kehilangan tempat tinggal akibat perobohan dan penyitaan rumah-rumah Palestin ini.
“Ini memaparkan peningkatan kemusnahan sebanyak 24 peratus dalam struktur yang disasarkan, peningkatan hampir 110 peratus dalam struktur yang didanai oleh penderma.
“Serta peningkatan lebih daripada 50 peratus orang yang kehilangan tempat tinggal, dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2020,” katanya. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)