SHAH ALAM – Umat Islam di seluruh dunia boleh mendengar khutbah Hari Arafah yang disiarkan secara langsung di portal Manaratalharamain pada 19 Julai depan dengan terjemahan 10 bahasa termasuk bahasa Melayu.
Khutbah Arafah dari Masjid Namirah yang akan disampaikan oleh Fadhilatu Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah itu turut diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Persia, Rusia, Banggali, Cina, Turki dan Hausa.
Menurut kenyataan Projek Terjemahan Khutbah Arafah, Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah diamanahkan oleh
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Penjaga Dua Tanah Suci bagi melaksanakan projek berkenaan.
“Projek ini bagi menyempurnakan kesungguhan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah haji selain menyampaikan khutbah dengan lebih meluas.
“Program ini disiarkan secara audio di portal Manaratalharamain dan boleh diakses jemaah haji di Padang Arafah serta seluruh dunia,” kata kenyataan tersebut.
Orang ramai boleh mengimbas kod QR untuk mengakses portal berkenaan bagi mendengar khutbah yang dijadualkan pada jam 12.30 tengah hari waktu Makkah atau 9.30 pagi waktu Malaysia. -Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)