Lebih 1,300 penceroboh haram Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa

 

BAITULMAQDIS – Hanya kerana dilindungi polis penjajah Israel yang lengkap bersenjata, 1,371 penceroboh haram Yahudi ditemani anggota Knesset berani menyerbu Masjid Al-Aqsa dan merusuh tapak suci Islam ketiga itu.

Sumber media dan saksi melaporkan bahawa penceroboh Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada awal pagi Ahad untuk meraikan hari puasa mereka yang dikatakan sebagai pemusnahan Haikal Sulaiman ribuan tahun lalu.

Polis penjajah Israel dilaporkan menyerang secara ganas jemaah Palestin, menahan mereka, dan menghalau orang lain untuk mengosongkan jalan untuk penceroboh Yahudi.

Video tular di internet menunjukkan keganasan polis Israel terhadap para jemaah Palestin yang bertekad untuk tidak meninggalkan Masjid Al-Aqsa.

Anggota Knesset (MK), Itamar Ben-Gvir serta bekas MK dan pendeta ekstremis Yahudi, Yehudah Glick, mengiringi kumpulan penceroboh yang menyerbu Masjid Al-Aqsa.

Para saksi mengatakan pasukan penjajah Israel menutup pintu Masjid Al Qibli, ruang solat utama di dalam Masjid Al-Aqsa, dengan rantai untuk menyekat para jemaah Muslim di dalam supaya dapat menyediakan suasana selamat dan tenang bagi para penceroboh haram.

Imam Masjid Al Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri berkata: “Apa yang sedang terjadi di dalam Masjid Al-Aqsa adalah serangan agresif terhadap jemaah Muslim, yang merupakan pemilik tapak suci itu.”

Sementara itu, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin – Hamas – dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kerajaan haram Israel melepaskan penceroboh untuk mencemar Masjid Al-Aqsa.

Pencerobohan Yahudi di Masjid Al-Aqsa berakhir tanpa korban nyawa di kalangan rakyat Palestin, kecuali penahanan beberapa di antaranya di tengah-tengah desakan penceroboh untuk melakukan lebih banyak serangan di tapak suci umat Islam. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts