RAMALLAH – Kira-kira 40 tahanan wanita Palestin di penjara Israel berdepan pengalaman teruk ekoran menjadi mangsa penderaan dan penyeksaan mental serta fizikal oleh rejim pengganas itu.
Perkara berkenaan didedahkan Suruhanjaya Pembebasan Palestin (PLO) serta Suruhanjaya Tahanan dan Banduan pada Khamis.
Kumpulan itu mendedahkan bahawa 40 tahanan wanita mengalami pengalaman buruk dan sesi siasatan yang kejam di penjara negara tidak diiktiraf Israel.
Katanya, tahanan wanita bukan hanya mengalami penderaan psikologi tetapi juga dinafikan keperluan asas mereka.
Kumpulan itu merujuk keterangan bekas tahanan Mona Qa’dan, 50, dari Jenin di utara Tebing Barat, yang ditahan tiga bulan lalu.
Qa’dan menjalani sesi soal siasat 20 jam selama 22 hari berturut-turut bermula 8.30 pagi hingga jam 4 pagi keesokannya.
Dia bukan hanya digari, malah penyiasat Israel mencaci dan mengancam untuk menangkap ahli keluarganya yang lain.
Mangsa juga turut ditempatkan di sel yang kotor dan berbau busuk, selain permintaan untuk mendapat alat pembersih juga ditolak.
Suruhanjaya itu berkata, Qa’dan telah ditangkap rejim pengganas sebanyak enam kali dan pernah menghabiskan hidupnya selama lapan tahun di penjara Israel. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)