200,000 pelarian Rohingya terkandas akibat banjir

 

COX’S BAZAR – Hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di kem pelarian yang memindahkan ribuan umat Islam Rohingya di tenggara Bangladesh minggu ini.

Sekurang-kurangnya enam etnik Rohingya, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat tanah runtuh dan banjir, sementara 15 warga Bangladesh terbunuh.

Pentadbir daerah, Mamunur Rashid berkata, lebih dari 200,000 terkandas akibat banjir di Cox’s Bazar.

Seorang pelarian, Rokeya Begum berkata, bencana itu seperti mimpi ngeri.

“Saya tidak pernah melihat banjir seperti itu di kem sejak empat tahun. Ketika air datang, tidak ada siapa daripada keluarga saya di rumah yang dapat menolong.

“Saya bersendirian tetapi saya dapat mengambil barang-barang saya ke tempat yang lebih selamat. Sekarang saya tinggal bersama keluarga lain,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) berkata, lebih daripada 21,000 pelarian terjejas akibat banjir.

Katanya, hampir 4,000 tempat perlindungan mengalami kerosakan dan musnah.

Katanya lagi, lebih daripada 13,000 pelarian terpaksa dipindahkan di kem, sementara ribuan kemudahan rosak, termasuk klinik kesihatan dan tandas.

Jalan masuk terhalang susulan kerosakan jalan, laluan dan jambatan bahkan banjir dijangka akan bertambah buruk. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts