ISTANBUL – Ismail Haniyeh dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) untuk penggal kedua selama empat tahun.
“Saudara Ismail Haniyeh dipilih kembali sebagai ketua pejabat politik gerakan itu untuk kedua kalinya,” kata seorang pegawai Palestin kepada Reuters berikutan pemilihan dalaman oleh anggota parti.
Haniyeh – pemimpin Hamas sejak 2017 – telah mengawal kegiatan politiknya sepanjang beberapa konfrontasi bersenjata dengan negara pengganas Israel – termasuk serangan 11 hari pada Mei lalu.
Beliau adalah orang kanan pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin di Gaza, sebelum ulama berkerusi roda itu dibunuh pada tahun 2004.
Haniyeh, 58, memimpin Hamas memasuki dunia politik pada tahun 2006 – ketika mereka memenangi pilihan raya Parlimen Palestin – mengalahkan parti Fatah yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas.
Haniyeh menjadi Perdana Menteri tidak lama selepas kemenangan pada Januari 2006.
Selepas perang saudara yang singkat, Hamas merampas Gaza dari Pihak Berkuasa Palestin yang dikuasai Fatah, yang mengehadkan pemerintahan sendiri di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada tahun 2007.
Israel telah menguasai sekatan di Gaza sejak itu, dengan alasan kononnya ancaman daripada Hamas. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)