Munafik tanda kerosakan jiwa

 

1. Perhatikan hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah ﷺ ini. Baginda menjelaskan kepada kita terdapat tiga (atau empat) ciri-ciri orang munafik iaitu:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ ‏

“Tanda orang munafik itu ada tiga (iaitu) Sekiranya dia bercakap dia berbohong, sekiranya dia berjanji dia memungkiri dan sekiranya dia diberikan amanah, dia mengkhianati.” (HR al-Bukhari)

2. Pada hakikat ini ketiga-tiga ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah ini adalah menggambarkan tentang kerosakan jiwa seorang manusia. Terdapat tiga elemen utama yang mewakili komponen jiwa manusia iaitu pertuturan, perbuatan dan niatnya. Ketiga-tiga sifat munafik ini pada hakikatnya mewakili kerosakan semua perkara ini iaitu kerosakan pertuturan, kemusnahan jiwa dan kelunturan pekerti.

3. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Aini menjelaskan:

استنبط من هَذِه العلامات الثَّلَاث صفة الْمُنَافِق وَجه الانحصار على الثَّلَاث، هُوَ: التَّنْبِيه على فَسَاد القَوْل وَالْفِعْل وَالنِّيَّة

“Boleh disimpulkan (disini) melalui tiga tanda-tanda sifat munafik itu secara ringkasnya mengenai tentang amaran kerosakan tutur kata seseorang, perilaku serta niatnya (yang telah tercemar). (al-Aini, Umda al-Qari, 1/221)

4. Oleh yang demikian, jauhkan diri kita dari ketiga-tiga sifat ini. Jangan biarkan diri kita diselubungi perbuatan yang dalam tidak sedar menggambarkan kemusnahan jiwa dalam diri manusia.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts