Hamas beri amaran ketegangan baharu meletus jika Israel tak henti sekatan

GAZA– Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran ketegangan baharu mungkin meletus sekiranya rejim pengganas Israel terus mengetatkan sekatan selama bertahun-tahun di Semenanjung Gaza.

Jurucakapnya, Hazem Qasem dalam satu kenyataan menegaskan, Hamas sama sekali tidak akan berdiam diri dengan keganasan dan penjajahan rejim Zionis. 

“Pendirian Hamas jelas – sekatan yang sedang berlaku salah satu punca menyebabkan ketegangan meletus bila-bila masa,” katanya seperti dilapor Pusat Maklumat Palestin.

Gaza, tempat tinggal sekitar dua juta penduduk Palestin, telah dikepung negara haram Israel sejak Jun 2007. 

Sekatan yang ketat telah menyebabkan penurunan taraf hidup serta tahap pengangguran dan kemiskinan yang belum pernah terjadi sebelumnya.

“Hamas tidak pernah berdiam diri menyaksikan pengepungan ini. Rakyat kita ada hak untuk hidup dengan bebas dan bermaruah.

“Kita akan memperoleh hak ini secara paksa dan kita tidak akan berkompromi dalam isu berprinsip ini,” kata pejabat Hamas.

Qasem juga menekankan bahawa rejim Tel Aviv pasti akan gagal memeras ugut mereka untuk membuat sebarang pendirian politik.

Ini termasuk mengenai pertukaran hak-hak yang sah, seperti pembinaan semula, kemasukan bantuan, penarikan sekatan, dan memastikan pergerakan bebas untuk rakyat dan barang.’ 

Terdahulu pemimpin Hamas pernah memberi amaran bahawa jika perang lain meletus antara puak Israel dan Palestin, ia akan mengubah wajah Asia Barat. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts