TEBING BARAT – Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin di beberapa kawasan Tebing Barat ditahan pasukan penjajah Israel awal hari ini, menurut sumber keselamatan.
Difahamkan, rejim Israel telah menangkap semula seorang bekas tahanan Palestin selepas menceroboh dan menggeledah rumahnya di bandar Tammun, selatan Tubas.
Tindakan itu mencetuskan pertembungan ganas, mengakibatkan tentera Israel menembak dan mencederakan tiga pemuda.
Dalam insiden berasingan, seorang lelaki bersama anaknya ditangkap tentera Israel dalam satu serbuan yang dijalankan di bandar Qusra, selatan daerah Nablus.
Kejadian dipercayai berlaku ketika pasukan Israel menceroboh ke bandar Kafr Qallil dan menahan seorang lelaki Palestin.
Sementara di Tebing Barat, tentera turut menyerbu wilayah Abu Nujaym, di timur Bethlehem yang turut membawa kepada penahanan dua rakyat Palestin.
Rejim itu turut menyerbu kem pelarian Aida dan menangkap seorang rakyat Palestin serta menggeledah beberapa rumah.
Serbuan sama turut dibuat di kawasan bandar Hebron, Jabal al-Rahma yang turut menahan seorang penduduk Palestin. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)