Kapasiti jemaah solat Jumaat, fardu di Labuan ditambah

KUALA LUMPUR – Had jemaah bagi solat Jumaat di Wilayah Persekutuan Labuan ditingkatkan kepada separuh kapasiti sebenar masjid dan surau berkuat kuasa pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara di Labuan.

Menurutnya, ketetapan itu melibatkan semua masjid zon, masjid kariah, surau Jumaat dan surau diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat.

“Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.

“Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran separuh kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Ajib berkata, bilangan had jemaah di Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal sebagaimana ketetapan sebelum ini dengan tazkirah sebelum solat Jumaat dibenarkan tidak melebihi 30 minit.

Jelasnya, semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dengan memberikan keutamaan kepada jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya.- Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts