Islam adalah cara hidup lengkap yang meliputi semua aspek kehidupan manusia. Cara hidup yang ditentukan oleh Pencipta Alam dan Manusia, Allah SWT.
Tiada cara hidup lain yang lebih sempurna melainkannya. Tunjang dasarnya adalah akidah tauhid, tiang paksinya adalah syariah, buahnya adalah akhlak.
Seruan Islam sepanjang sejarah perutusan para Rasul alaihimu solat was salam bertembung dengan penentangan, syaitan dan tentera-tenteranya dari kalangan jin dan manusia.
Semua ini dirakamkan secara terperinci dalam Al-Quran. Penceritaan yang berulang-ulang itu bertujuan untuk menegaskan kepada manusia bahawa tabiat pertembungan antara hak dan kebatilan. Wahyu dan nafsu.
Secara jelas, lantang dan penuh hikmah, para Rasul menyeru kaumnya kepada tauhid. Tiada berlapik-lapik, tiada istilah yang kabur. Penyerahan mutlak kepada Allah SWT sebagai al-Rabb.
Kerana itu, musuh Islam cuba memisahkan antara tauhid dan cara hidup manusia. Mereka mencipta sistem-sistem politik, ekonomi, kemasyarakatan, perundangan, pendidikan yang tidak didasarkan pada tauhid.
Dengan maksud, mereka membataskan akidah hanya kepada kepercayaan dan ruang lingkup peribadi seseorang individu. Tiada hubungan dengan tingkah lakunya dan juga cara hidup. Ini menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam kalangan umat Islam.
Umat Islam perlu difahamkan semula dengan akidah dan tauhid yang menjadi asas kepada pembinaan peradaban Islam. – Ismaweb
Ust Shuhaib ArUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat
Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)