JERUSALEM, Ahad – Forum Wartawan Palestin mengecam Google kerana mengeluarkan nama Palestin daripada petanya dan menggantikannya dengan Israel.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, forum itu berkata, keputusan Google mengeluarkan Palestin daripada peta pada 25 Julai lalu adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk menetapkan namanya sebagai negara yang sah untuk generasi akan datang, sekali gus menghapuskan Palestin.
“Langkah ini juga direka untuk memalsukan sejarah, geografi dan juga hak rakyat Palestin ke tanah air mereka, dan cubaan gagal untuk mengganggu memori rakyat Palestin dan Arab serta dunia,” katanya.
Forum itu berkata, langkah itu adalah bertentangan dengan semua norma dan konvensyen antarabangsa.
Ia juga menekankan bahawa Google harus menarik balik tindakannya.
Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/tindakan-google-keluarkan-nama-palestin-dari-peta-ganti-israel-dikecam/
www.indahnyaislam.my