1- Mereka faham bahasa Quran dan Hadith, 99.99%. Mereka baca Quran dan Hadith, faham terus tanpa perlu buka terjemahan Quran dan Hadith.
2- Mereka sudah mahir dengan kitab tafsir Quran dan syarah Hadith, bukan satu kitab, atau dua, tapi minima tak kurang sepuluh. Jap, setiap satu kitab itu pula ada banyak jilid. Dan hampir semua belum ada terjemahan dalam Bahasa Melayu. Itu tak termasuk kitab Usul Fiqh, Fiqh dan lain-lain, ada kitab yang berpuluh-puluh jilid. Kalau campur dengan bahan ilmiah kontemporari, mau ribu-ribu topiknya itu.
3- Mereka fasih bertutur dalam bahasa Arab, iaitu bahasa Quran, lebih baik daripada orang Arab awam kebanyakan. Majoriti orang Arab lintang pukang bahasanya.
4- Mereka membaca, menulis, berbahas topik-topik ilmiah dan akademik dalam bahasa Arab. Sebahagiannya menjadi pemeriksa tesis PhD pelajar berbangsa Arab dalam jurusan Syariah, juga bahasa Arab.
5- Sebahagiannya menjadi pakar rujuk peringkat antarabangsa dalam bidang Syariah, duduk sebaris dengan para ulama sedunia. Mereka juga mahir berbahasa Inggeris. Mereka tidak naif mengenai Yahudi, Zionis, Dajjal, Illuminati dan segala macam teori konspirasi.
6- Mereka adalah ahli masjid sejak kecil. Ketika remaja sudah mengimamkan solat berjamaah di masjid. Bangun bukan dikejutkan untuk solat Subuh, tapi bangun sendiri sebelum Subuh untuk solat Tahajjud secara istiqomah, dah jadi amalan rutin. Mereka dididik untuk berpuasa sunat, sejak kecil, dalam keluarga, ketika di bangku sekolah agama. Mereka kebiasaannya sudah menunaikan haji ketika usia masih muda.
7- Mereka ini duduk berbincang, bermuzakarah, berbahas panjang lebar dengan pakar-pakar bidang kesihatan dan bidang-bidang lain yang berkaitan, untuk mengeluarkan fatwa.
8- Mereka ini, kalau tak diberi jawatan mufti atau pensyarah pun, tak diberi gaji pun, mereka akan tetap mengajar dan bergelumang dengan ilmu. Ilmu itu dunia mereka, letaklah mereka di mana pun, selagi hayat dikandung badan. Quran, Hadith, kitab, rujukan setiap hari mereka, bukan FB, Twitter, Instagram, TikTok.
Itulah kelebihan yang mereka miliki. Engkau ada?
Nota: Sebahagian besar mereka tidak popular di media sosial.
Sumber : FB Mohd Hazizi Ab Rahman
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam