Sedekah untuk keluarga

Sekarang macam dah jadi trend orang kata kalau nak bisnes maju wajib sedekah. Sedekah subuh tu wajib, sebagaimana wajibnya solat subuh.


Kalau nak bisnes maju kena solat dhuha. Wajibnya solat dhuha itu sebagaimana wajibnya solat 5 waktu.Kalau tak bersedekah atau solat dhuha, nanti tak ada jualan masuk.


Kalau nak rezeki tidak putus putus, kena baca surah waqiah setiap hari.Untuk rezeki mencurah curah, istighfar seribu kali sehari.

Maka terjadilah trend orang bersedekah menunjuk- nunjuk. Ada yang borong semua kuih di tepi jalan. Ada yang bagi duit kepada gelandangan.

Ada yang edarkan makanan di rakamkan dalam video2 viral dan terjadilah juga trend orang menceritakan balasan Allah berganda ganda berbanding apa yang mereka sedekahkan.

Pagi tadi sedekah RM50, petang Allah kembalikan dengan hasil jualan RM300. Kita ukur rezeki Allah menggunakan keterbatasan aqal kita mengukur. Duit dibalas duit.


Bersedekah menunjuk nunjuk itu tidak salah dengan niat untuk menginspirasikan orang lain supaya turut bersedekah. Bersedekah secara sembunyi juga baik demi menjaga keikhlasan hati.


Tetapi ramai dari kita yang kecewa apabila sedekah duit tidak berbalas duit. Maka kita mula mempersoalkan apakah sedekah kita tidak dipandang Tuhan? Apakah doa kita tidak mustajab? Apakah hati kita tidak cukup ikhlas sehingga amalan kita terhijab.


Tidak cukup dengan itu. Ramai pula yang semakin sedih dan berduka apabila tidak berkemampuan bersedekah secara mega sehingga mampu menghasilkan video viral mengundang perhatian ramai. Lebih teruk lagi kita mula berdengki.

Seronoknya jadi kaya macam dia kerana banyaknya pahala dia mampu kumpulkan.
Tahu tak sebenarnya kalian yang berusaha mencukupkan keperluan keluarga, itu juga satu sedekah yang sangat mahal nilainya.

Setiap kali berbelanja barang rumah, niatkan inilah sedekahku hari ini untuk keluarga.
Bila beli barang PDPR anak di kedai Eco, niatkan inilah sedekahku untuk anak anak
Bila membayar yuran sekolah, berdoa ya Allah inilah sedekahku untuk mejadikan anak berilmu.


Bila memasak untuk anak, ya Allah inilah sedekahku dalam bentuk tenaga dan kesabaran berkhidmat untuk keluarga. Semoga dengan sedekahku ini dapat menjadikan ahli keluargaku hamba yang sihat bertenaga dan rajin beribadah kepadamu.


Biasakan untuk berniat dan berdoa dalam setiap perbuatan kita. Bukan sekadar hidup untuk hidup. Tapi hidup untuk beribadah. Dan waktu itu anda akan sedar betapa kayanya anda dan mampu bersedekah sentiasa.

RasūlulLāh ﷺ bersabda:

إِنَّ الصَّدَقَةَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

“Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin pahalanya satu sedekah sedangkan kepada kaum keluarga pahalanya dua iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.”
[Sunan an-Nasā’i, 2582]

Sumber : FB Maryam Aziz

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts