“Barangsiapa berkata : Tiada Tuhan selain Allah akan memasuki syurga” – Hadis Sahih
Perkataan yang lengkap dan sempurna adalah perkataan yang ditampilkan secara zahir dan batin, iaitu keyakinan dalam hati, perkataan di lisan, serta diterjemahkan oleh perbuatan dengan anggota luaran.
Semakin sempurna kalimah itu dituturkan, pada semua segi, semakin tinggi kemungkinan seseorang itu termasuk dalam makna hadis tadi.
Perlu diingat, bukan sekadar berkata kerana orang munafiq juga mengucap syahadah. Tetapi ia adalah pakej yang lengkap, barulah mencapai dan mencukupi syaratnya.
Demikia lah kita memahami semua hadis-hadis lain mengenai zikir tertentu, yang mana fadhilatnya besar seperti menghapus segala dosa dan seumpamanya.
Perihal zikir tidak sepatutnya hanya diletakkan dalam konteks amalan zikir, tetapi perlu diletakkan dalam perkiraan yang lebih besar, bahawa ia adalah manifestasi tauhid dan munajat, dalam segenap lapisan kehidupan.
Dengan demikian kita boleh fahami hadis Nabi SAW apabila ditanya mengenai apakah yang patut dilakukan ketikamana sungguh banyak tugasan dan tuntutan agama perlu dilakukan?
Baginda SAW menjawab : “Hendaklah lidahmu basah dengan mengingati Allah”
Wallahua’lam bissawaab.
Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam