Mesir buka semula laluan 2 arah persimpangan Rafah

GAZA– Pihak Berkuasa Mesir membuka semula persimpangan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza di kedua-dua arah pada Ahad.

Menurut Agensi Anadolu, penumpang mula berkumpul sejak awal pagi untuk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza.

Persimpangan sempadan ditutup bagi dua-dua arah oleh pihak berkuasa Mesir pada minggu lalu, sebelum dibuka semula dua hari kemudian bagi laluan sehala untuk membolehkan pelancong memasuki wilayah Palestin.

Terminal sempadan Rafah adalah satu-satunya pintu masuk ke Palestin di Gaza ke dunia luar yang tidak dikendalikan oleh penjajah Israel, yang menyekat wilayah itu sejak 2007.

Rafah adalah persimpangan antara Mesir dan Gaza, di mana sekatan Israel telah menghalang kemasukan serta pergerakan barang dan penduduk selama bertahun-tahun. 

Mesir terus membuka laluan persimpangan itu setelah konflik 11 hari antara Israel dan Hamas pada Mei lalu, bagi memudahkan penghantaran bantuan serta bahan binaan selepas gencatan senjata antara kedua pihak dilaksanakan.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts