Mesir larang buku Ikhwanul Muslimin diletak di masjid

KAHERAH – Kementerian Wakaf Mesir melarang buku-buku mengenai ekstremisme dan berkaitan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin diletakkan di dalam masjid.

Menterinya, Mokhtar Gomaa berkata, sebarang buku yang dikaitkan dengan dua perkara berkenaan akan dihapuskan.

Katanya, kementerian akan memeriksa penerbitan di perpustakaan masjid dan membuang sebarang buku atau majalah yang mengandungi ideologi ekstremis dan termasuk dalam kumpulan pelampau.

Malah, masjid dan pusat-pusat Islam diarah untuk ‘membersihkan’ perpustakaan mereka daripada penerbitan Ikhwanul Muslimin. 

“Mana-mana buku yang dikarang oleh salafis atau anggota Ikhwanul Muslimin atau Gamaa Islamiya akan dikeluarkan,” kata Ketua Setiausaha kementerian, Gaber Tayee.

Imam masjid juga diminta untuk memohon kebenaran daripada Pentadbiran Umum Panduan Keagamaan bagi setiap buku yang akan diletakkan ke dalam perpustakaan dan tindakan akan diambil kepada mereka yang gagal berbuat demikian.

Pengharaman ke atas buku-buku Ikhwanul Muslimin di masjid adalah dasar terbaharu sejak penindasan sistematik organisasi berkenaan ketika tentera merampas kuasa pada 2013.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts