Qatar beri semula dana pada Gaza bantu keluarga miskin

GAZA – Qatar akan segera menyambung semula dana untuk penjawat awam dan keluarga miskin di Semenanjung Gaza yang dikepung di bawah mekanisme baru – membabitkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil bantuan negara Teluk, Mohammed al-Emadi berkata, selepas bertemu pemimpin dari Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza, gaji Qatar untuk penjawat awam dan keluarga miskin – yang digantung sejak Mei – akan disambung semula dalam masa terdekat.

Doha menanggung semula projek pembangunan semula dan infrastruktur Gaza sejak serangan Israel 2014 di kawasan pantai, namun serangan pada Mei lalu mendorong Israel dan Amerika Syarikat (AS) menuntut untuk menyemak semula pembayaran.

“Semua perincian mengenai mekanisme pengedaran telah dikaji dan prosesnya akan segera dimulakan,” kata al-Emadi.

Sumber dalaman Hamas berkata, pihaknya membuat desakan supaya penjawat awam yang digajikan oleh gerakan itu dibenarkan mendapat bantuan dari Qatar.

Penjawat awam di bawah kerajaan dikendalikan Hamas boleh dipertimbangkan sebagai penerima yang diluluskan, ‘berikutan kesepakatan oleh pelbagai pihak’, kata Emadi.

Qatar yang kaya dengan gas biasa membelanjakan AS$30 juta sebulan untuk membantu mengendalikan loji jana kuasa tunggal serta menyokong keluarga dan penjawat awam.

COGAT – agensi Kementerian Pertahanan Israel untuk berhubung dengan Palestin – menolak komen mengenai pengumuman Qatar. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts