Walaupun kita di akhir zaman, kerja kita tetap kerja yang dibuat oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam. Tetap terikat dengan apa yang disarankan Baginda SAW dan tetap dengan perjuangan Baginda SAW.
Tidak lebih dan tidak kurang. Walau siapapun yang bermimpi, walau apapun yang dimimpikan.
Ketahuilah pengutusan Baginda SAW sendiri adalah petanda kiamat kecil. Namun Baginda SAW meninggalkan dunia ini dengan sebuah umat sebaik-baik umat, bagi mengembalikan seluruh dunia ini kepada Tuhannya.
Demikianlah juga kita, walau di hujung umur dunia, hatta jika esok nak kiamat pun, tetaplah dengan perjuangan yang diasaskannya, bukan memandai-mandai buat mazhab atau ajaran agama sendiri.
Lebih-lebih lagi jika bersumberkan mimpi seseorang yang tidak pula dikenali bahkan sangat diragui statusnya sebagai seorang perawi yang tsiqah.
Imam Mahdi akan muncul, Nabi Isa AS akan turun, semuanya itu fenomena ketetapan Ilahi pada masa dan waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.
Yang penting semua tentera Nabi Isa AS dan Imam Mahdi adalah umat Muhammad SAW yang berdiri atas jalan yang benar, ilmu yang benar dan perjuangan yang benar.
Sabda Nabi SAW :
“Jika hari kiamat nak tiba, sedang di tangan salah seorang daripada kamu ada biji benih, dan dia mampu untuk menanamnya sebelum kiamat itu berlaku, maka tanamlah ia. Maka baginya dengan tanaman itu, sebuah pahala” – Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad daripada Anas bin Malik RA
Wallahua’lam bissawaab.
Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)