RAMALLAH – Palestin dan Jerman hari ini mendatangani perjanjian bersama di mana Berlin berjanji menyalurkan dana 100 juta euro dalam tempoh dua tahun, bagi membiayai beberapa projek di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Pembiayaan akan digunakan dalam projek penting termasuk membaiki penempatan komuniti Palestin, sektor pendidikan asas dan tinggi terutama teknikal serta vokasional, selain sektor sanitasi, air dan pertanian.
Selain itu, turut diberi perhatian adalah sektor ekonomi, swasta dan pekerjaan terutama dalam kalangan belia serta wanita.
Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shatayyeh yang dipetik portal wafa.english.ps menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan serta rakyat Jerman atas sokongan mereka.
“Kami berharap Jerman dan Kesatuan Eropah serta komuniti antarabangsa akan terus membantu memberi tekanan kepada Israel bagi membolehkan pilihan raya di adakan di seluruh wilayah Palestin termasuk Baitulmaqdis,” katanya.
Sementara itu, wakil Jerman ke Palestin, Oliver Owcza mengulangi sokongan negaranya dan berjanji menyelesaikan permasalahan bagi membolehkan pilihan raya diadakan di Palestin, menghormati hak asasi manusia dan kebebasan awam. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)