Rejim penjajah Israel makin biadab aniaya remaja Palestin

TEBING BARAT – Tentera negara pengganas Israel menganiayai dua remaja Palestin sebelum menahan salah seorang daripada mereka di kota Hebron yang diduduki.

Bapa kepada remaja berkenaan, Walid Sabarneh berkata, tentera Israel menyerang kedua-dua anaknya, Muhammad, 15, dan Ibrahim, 13, ketika mereka sedang bekerja di tempatnya.

“Saya melihat askar menolak anak-anak saya dan menendang mereka dengan but.

“Ketika saya cuba melindungi mereka, tentera mengancam akan menembak saya.

“Tentera kemudiannya membebaskan Ibrahim dan menahan Muhammad. Saya tidak tahu ke mana mereka membawanya,” katanya seperti dilapor Middle East Monitor.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, Israel ketika ini menahan sekitar 200 kanak-kanak Palestin. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts