- Dalam al-Quran, Allah mendidik kita agar memohon perlindungan dari syaitan saat ingin melakukan kebaikan. Ini kerana, syaitan berupaya menghiasai kebaikan itu menjadi satu unsur dosa dan sia-sia.
- Firman Allah:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.” (Surah al-Nahl: 98)
- Ketika mnghuraikan mengenai ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa biarpun al-Quran itu adalah sumber hidayah, namun, syaitan berupaya mengelirukan manusia sehingga menyebabkan manusia tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Kata beliau:
فيثير أمامه ألوانا من الشكوك فيما يفيد من قراءته، فيفوت عليه الانتفاع بهدى الله وآياته
“Maka syaitan dan memberikan kesan kepada manusia dengan pelbagai warna kekeliruan terhadap apa-apa perkara yang boleh memberikan manfaat kepada manusia sehingga mereka tidak dapat mengambil manfaat daripada hidayah Allah dan bukti-bukti kebesarannya.” (Tafsir al-Wasit)
- Lebih malang lagi apabila membaca al-Quran itu menjadi satu perkara yang sia-sia apabila dihiasi dengan perasaan riyak dan ingin menunjuk-nunjuk. Syaitan meniupkan rasa bangga diri sehingga manusia tidak sedar amalan mereka berupaya menjadi debu.
- Bahkan syaitan juga boleh membisikkan api perdebatan melalui kefahaman manusia terhadap al-Quran sehingga manusia tenggelam dalam pergaduhan dan tidak dapat mengambil manfaat daripadanya.
- Oleh yang demikian, sekalipun al-Quran itu adalah sumber segala kebaikan, Allah tetap mendidik manusia akan memohon perlindungan daripada tipu daya syaitan. Tiada siapa boleh menyangka, kebaikan itu dihiasi oleh syaitan dengan hasutannya sehingga menjadi unsur sia-sia.
Semoga Allah mebimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)