Haram bergurau perkara yang bercanggah syariat

KANGAR: Umat Islam dibenarkan bergurau secara umumnya, namun gurauan itu akan menjadi haram sekiranya mengandungi beberapa unsur yang bercanggah dengan syariat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata bentuk gurauan pada masa kini yang dibenarkan adalah seperti prank, karikatur, parodi, satira, komedi dan seumpamanya, dengan tujuan membawa kepada kebaikan.

“Gurauan yang membawa kebaikan adalah seperti untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab, pendidikan yang lebih berkesan atau segala maksud yang baik maka ia boleh mendatangkan pahala.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, hukum bergurau akan menjadi haram sekiranya ia bertujuan memperlekeh dan merendahkan orang lain dalam perkara dan bentuk tidak wajar.

Katanya, ia termasuk mereka-reka sesuatu yang tidak wujud yang membawa keburukan serta mendatangkan mudarat kepada pihak lain sama ada dari segi fizikal, emosi, maruah, harta, ketenteraman, individu atau masyarakat.

“Bergurau juga menjadi haram jika bertujuan maksiat, dosa dan kemungkaran, selain bergurau dengan bahasa dan perlakuan yang tidak wajar menurut uruf setempat.

“Justeru saya menasihatkan masyarakat agar mementingkan sifat kesederhanaan, keseimbangan dan kesesuaian sebagaimana yang dianjurkan dalam agama termasuk dalam permasalahan gurauan,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts