TEL AVIV – Enam tahanan Palestin yang berjaya melarikan diri dari sebuah penjara Israel pada September lalu secara rasminya didakwa pada Ahad, kata Kementerian Keadilan negara haram itu.
Kesemua lelaki itu didakwa melarikan diri dari jel Gilboa yang mempunyai kawalan ketat di utara Israel manakala lima yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Namun, lima lagi tahanan lain didakwa kerana membantu mereka melarikan diri.
Enam tahanan itu ialah lima dari Jihad Islam dan seorang dari cawangan kumpulan Fatah ditahan kerana melakukan serangan terhadap Israel.
Menurut pendakwaan, pada hujung tahun 2020, keenam-enam mereka menggali sebuah terowong di bawah sinki di bilik mandi penjara mereka.
Lelaki-lelaki itu dipercayai menggali terowong setiap hari mengikut giliran bagi mengelak mereka ditangkap dengan menggunakan peralatan menggali yang diubah suai.
Salah seorang daripada mereka, Mahmud Andullah Ardah selepas ditangkap semula berkata, dia menggunakan sudu, pinggan dan pemegang cerek untuk menggali terowong tersebut.
Pada awal September lalu, terowong sepanjang 30 meter itu kemudian siap digali.
Namun, kesemua enam tahanan itu ditangkap semula oleh pihak berkuasa Israel selepas mereka berjaya melarikan diri. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)