Sensitif dengan perkara dosa

  1. Adalah menjadi suatu perkara yang membimbangkan apabila seorang mukmin sudah tidak sensitif lagi dengan perkara kemungkaran. Sehingga mereka merasakan melihat perkara dosa itu adalah suatu perkara biasa. Kita seharusnya sedar bahawa syaitan mempunyai agenda normalisasi yang berupaya menjadikan mukmin tidak merasa apa-apa apabila menyaksikan perkara dosa dan kezaliman.
  2. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang hati orang yang beriman. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ:

مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ

Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e)

  1. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.
  2. Dengan sebab itu dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari)

  1. Dalam era moden ini, lambakan kerosakan disajikan di dalam media sosial sehingga mukmin merasakan perkara itu sebagai suatu perkara yang biasa.
  2. Sehinggalah agenda normalisasi ini suatu hari nanti akan merubah sistem nilai seorang mukmin, yang tidak lagi memandang sensitif soal dosa dan pahala menjadikan mereka semakain jauh dari apa yang telah digariskan oleh Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

sumber gambar : Xiomi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ganjaran orang berinfak

FIRMAN Allah SWT ; الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا…