Jangan jadikan rumah seperti kubur

  1. Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa menghidupkan rumah dengan bacaan al-Quran atau zikir kepadaNya. Rumah yang sunyi dari perkara ini dianggap seperti kubur. Sabda Rasulullah:

لا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقابِرَ. إنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ البَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ

Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah. (HR Muslim)

  1. Ketika menghuraikan hadis ini, Sheikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan rumah seperti kubur itu adalah rumah-rumah yang sunyi dari zikrullah dan bacaan al-Quran.
  2. Perkara ini pernah disebutkan oleh Rasulullah apabila Baginda memberikan perumpamaan bahawa orang yang berzikir itu adalah umpama jiwa yang hidup manakala mereka yang tidak berzikir itu adalah seumpama orang yang telah mati. Sabda Rasulullah:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingatiNya, seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR al-Bukhari)

  1. Manakala al-Imam Ibn Hajar pula merekodkan pandangan yang menyatakan bahawa rumah seorang muslim bukan sekadar tempat untuk tidur tetapi dihidupkan dengan mengingati Allah. Beliau menjelaskan:

لا تجعلوا بيوتكم وطناً للنَّوم فقط، لا حَظَّ فيها للذِّكر من قراءة القرآن والصَّلاة، فإنَّ النَّوم أخو الموت، والميِّت لا يقرأ القرآن ولا يصلِّي

“Janganlah jadikan rumah kamu hanyalah tempat untuk tidur sahaja. Tiada tempat di dalamya untuk zikir dan bacaan al-Quran. Kerana sesungguhnya tidur itu adalah saudara kematian. Dan orang yang mati tidak membaca al-Quran dan solat berdoa. (Fath al-Bari)

  1. Oleh itu, hidupkan rumah kita dengan bacaan zikir dan al-Quran. Rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran bukan sahaja disukai Allah malah dibenci oleh syaitan sehingga mereka lari daripadanya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Sumber gambar : Iluminasi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts