Manusia yang menentukan nasib dirinya

Manusia dinilai oleh Allah dan manusia lain selepas matinya. Kesudahan yang baik datangnya dari perjalanan hidup yang baik.

Apa yang dimiliki oleh manusia; samada harta, atau ilmu, atau kemahiran, atau keluarga, atau nama baiknya, atau perangai dan tabiatnya, atau apa-apa yang lain … adakalanya adalah cerminan cita-cita yang difikirkannya dan ke mana tenaga dalam dirinya dicurahkan selama ini.

Allah tidak menzalimi manusia, sebaliknya manusia yang menentukan nasib dirinya.

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Asy-Syura: 20)

Hidup dipenuhi pilihan. Setiap langkah di hadapannya ada persimpangan yang perlu dipilih. Ada pilihan yang boleh undur ke belakang, tetapi ada juga yang tidak ada jalan berpatah balik.

Manusia yang cerdik adalah yang sentiasa memikirkan apakah nilaian Allah dan manusia lain terhadapnya selepas mati.

Bijaklah dalam memilih…. di situlah nilaian akan berlaku.

Salam Jumaat Mubarak

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts