Kefahaman Islam sebenar perlu dijelas ketika berdakwah

KUCHING: Islam merupakan agama yang penuh dengan hikmah dan keindahan sehingga ramai saudara baru tertarik untuk menganut Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ramai saudara baru bersama mengimani Allah sebagai Tuhan yang satu.

Oleh itu katanya, dalam usaha menyampaikan dakwah buat saudara kita, penting kefahaman Islam yang sebenar dijelaskan supaya ia menjadi panduan kepada mereka memahami Islam.

“Ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, pastinya akan membawa kita ke jalan yang benar.

“Maka, pentingnya para pendakwah memahami ajaran Islam yang sebenar, berlandaskan syariat Islam dalam menyampaikan dakwah buat saudara kita,” katanya pada program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching di sini semalam.

Program itu dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ahmad Marzuk juga berkata, sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama dikhuatiri akan merosakkan Islam sehingga membawa Islam menyimpang daripada ajaran sebenar.

“Terima kasih peserta saudara kita yang hadir pada pada program ini. Semoga agama Islam yang dipegang dan disemat dalam diri kita menjadi asbab kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat Insya-Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts