LGBT: Tentang keras normalisasi perbuatan songsang

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyeru masyarakat agar menentang sekeras-kerasnya normalisasi perbuatan songsang dalam negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang cakna terhadap penerbitan filem berunsurkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang akan ditayangkan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Diseru agar masyarakat kita menentang sekeras-kerasnya normalisasi perbuatan songsang dalam negara ini,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Semalam, YADIM telah tampil membuat aduan kepada SKMM berhubung sebuah filem berunsur LGBT yang dipercayai bakal ditayangkan kepada tontonan umum.

Klip filem tempatan berjudul Stay Away From Me itu, yang menampilkan beberapa pelakon lelaki muda tular di media sosial baru baru ini dipercayai sebagai untuk menarik minat ramai.

Aduan disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawai YADIM.

Selain itu, YADIM turut mengenal pasti aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu Blued:Gay Live Chat and Dating dalam senarai App Store/Google Play Store.

Terdahulu, Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SKMM mengenai sebuah siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT.

Beliau turut menggesa SKMM untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan LGBT. HARAKAHDAILY

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts