Hari ini adalah hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia. Ketika mana Indonesia diisytiharkan merdeka pada 17/8/1945, ulama-ulama Mesir sangat gembira. Antara yang teruja dengan kemerdekaan ini ialah Asy Syahid Hassan Al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin. Kegembiraan ini menyebabkan para ulama Mesir dan Timur Tengah menubuhkan Lajnah Ad Difa’ An Istiqlal Indonesia (Lajnah Pertahanan Kemerdekaan Indonesia) bagi tujuan mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan Indonesia.
Kegembiraan para ulama Mesir ini ada asasnya. Walaupun wilayah Nusantara boleh dikatakan paling lewat menerima Islam, namun di sini adalah tempat di mana umat Islam paling ramai di dunia. Jadi potensi untuk bangkit menjadi kuasa besar Khilafah Islam menggantikan Khalifah Uthmaniyyah yang baru sahaja runtuh adalah besar.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara
Sumber: https://www.facebook.com/hasan.yusof.5/posts/10205435063554716
www.indahnyaislam.my