Usah ragu waktu masuk azan Maghrib terlalu awal

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini terutama di Lembah Klang tidak wajar berasa ragu dengan waktu masuk azan khususnya Maghrib walaupun suasana langit masih lagi terang.

Demikian nasihat Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor sebagai merujuk hantaran tular menerusi media sosial tempatan kononnya azan waktu itu adalah salah daripada kiraan sahih.

“Masyarakat Islam tidak perlu was-was untuk berpandukan jadual waktu solat fardu yang diterbitkan Jabatan Mufti di setiap negeri,” jelasnya menerusi laman sosial rasmi agensi itu.

Bulan lalu, ramai warganet berkongsi hantaran mengenai senario azan Maghrib yang didakwa konon terlalu awal ketika hari siang sebelah lewat petang masih terang dan belum senja sehingga mencetuskan suasana bimbang terutamanya bagi mereka yang berbuka puasa sunat dengan berdasarkan azan dilaungkan tanpa mengikut panduan daripada hukum alam.

Mengulas lanjut, bahagian tersebut menegaskan bawah setiap waktu yang dihitung adalah mengikut ilmu falak melalui kajian pemerhatian bagi tempoh panjang sebelum diaplikasikan.

Ini termasuk kajian berkaitan matahari terbit dan terbenam, masa pergerakan transit dan gelincir pengukuran panjang bayang, kadar pembiasan ufuk dan tahap kecerahan langit.about:blank

“Waktu Maghrib adalah apabila matahari secara fizikal terbenam keseluruhannya di ufuk barat dan tidak melibatkan suasana keadaan kecerahan langit masa tersebut,” jelas hantaran itu.

Justeru ujar bahagian berkenaan, situasi cahaya langit sama ada gelap, malap atau terang sebenarnya bergantung kepada atmosfera bumi, awan, haba dan wap air yang boleh berubah.

Fenomena matahari terbenam pula merupakan antara kajian yang mudah dijalankan dalam ilmu falak iaitu berdasarkan kepada pemerhatian mata atau alat bantuan seperti teleskop.

Secara teknikal kata bahagian itu lagi, tafsiran masuk waktu Maghrib dan kecerahan langit adalah dua isu yang berbeza serta bukan sekadar senario matahari terbenam keseluruhan.

Sehubungan itu, hasil kajian yang dilakukan oleh pelbagai agensi berkaitan telah merumuskan bahawa kaedah hitungan digunakan ahli falak dalam isu penentuan waktu solat adalah tepat.

“Hitungan malah dipermudahkan ekoran kemajuan teknologi ilmu falak terhadap putaran bumi dan peredaran matahari yang memberi manfaat sangat besar bagi ibadah seharian,” katanya.

Apatah lagi kajian dari ilmuwan Islam terdahulu seperti al-Khawarizmi dan al-Biruni yang telah memberi sumbangan besar apabila direkodkan tepat dalam bentuk jadual mudah difahami.

Jabatan Mufti Selangor memberi jaminan bahawa penentuan waktu solat memenuhi garis panduan dan nas syarak di samping diperincikan lebih lanjut melalui perbahasan para mujtahid.

Semua nas al-Quran dan al-Hadis itu bahkan dirungkai secara ilmiah dalam bentuk tafsiran falak menerusi kajian agar tidak lari daripada kehendak syarak sebagaimana yang ditetapkan.-UTUSAN ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts