JAIPK siasat video tular raja bomoh lakukan ritual tolak banjir

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap individu yang dikenali ‘Raja Bomoh’ berhubung videonya yang tular sedang melakukan ritual menolak banjir dilakukan di Dataran JPS, Teluk Intan.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

“JAIPk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama ini dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat,” katanya, semalam.

Tular sebuah video memaparkan ‘Raja Bomoh’ bersama seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’ sedang melakukan ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak musibah banjir.

Dalam video itu, mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu.

Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

Lelaki yang memakai kot hitam, bertengkolok dan berselempang merah menyebut upacara yang dijalankan itu adalah upacara petua-petua di zaman dahulu.

“Kita minta semua tempat di Malaysia turun air, bukan kata di Teluk Intan sahaja, tapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia,” katanya individu di dalam video tular itu.—AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts