Penangguhan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah oleh pihak kerajaan adalah suatu keputusan yang selektif dan tidak wajar sedangkan kebenaran rentas negara selain urusan umrah, bahkan semua urusan-urusan lain masih berjalan seperti biasa.
Kerajaan perlu menjelaskan tahap risiko sebenar jangkitan ke atas mereka yang telah lengkap divaksin. Ini kerana jika vaksin telah terbukti menyumbang kepada penurunan kes kemasukan hospital sekaligus mengurangkan risiko kematian akibat jangkitan covid, maka tiada lagi sebab yang munasabah untuk menghalang urusan-urusan kehidupan termasuk menunaikan ibadah umrah atas alasan mengekang jangkitan covid.
Menangguhkan urusan ibadah tanpa sebab yang kukuh, bukanlah suatu pengurusan yang baik. Pihak kerajaan perlu mengemukakan langkah-langkah yang lebih menjamin maslahah dan memudahkan urusan rakyat dalam beribadah.
Ust Muhammad Hafizuddin bin Jamil
Setiausaha Kerja
Majlis Ulama ISMA (MUIS)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM