Penciptaan berbilang kaum dan bangsa bagi menunjukkan ketinggian nilai tauhid yang mengatasi kesemua perbezaan dan kayu ukur hakiki sebuah kemuliaan.
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa” – Surah Al-Hujurat
Kesemua penciptaan Allah SWT perlu ditanggapi sebagai bukti kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya, kerana itulah tujuan kesemua ciptaan itu diciptakan.
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku” – Surah Ad-Dzariyaat
Bagaimana menanggapi keagungan Allah SWT boleh tercapai jika kemarahan Allah SWT (syirik dan kekufuran) juga turut dijemput sekali?
Mengalihkan tujuan utama taaruf itu kepada tujuan hawa nafsu seperti mendapat sokongan dan populariti hanyalah suatu penyelewengan terhadap ayat-ayat Al-Quran.
Inilah perbuatan ahli kitab Yahudi dan Nasrani dalam menyelewengkan kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.
“Mereka menyelewengkan kalimah-kalimah (Tuhan) itu daripada tempatnya, dan mereka melupakan sebahagian besar daripada apa yang telah diperingatkan kepada mereka” – Surah Al-Maidah
Berhati-hatilah wahai sahabat. Ini adalah perihal agama. Siapa yang engkau harapkan sokongannya di dunia ini, dialah yang akan bersamamu di akhirat.
Sesungguhnya, seseorang itu bersama dengan siapa yang dikasihinya.
Wallahua’lam bissawaab.