Tiada istilah ‘payung emas’, ia hadis palsu

KUALA LUMPUR: Hadis yang menyatakan wanita akan memperoleh ‘payung emas’ kerana membenarkan suaminya berpoligami adalah palsu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ianya sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Hukum poligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram. Tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

“Berbincang dengan baik, beri nasihat dan pandangan demi mengelakkan berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan anak-anak,” katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.

Zulkifli mengulas berkenaan dakwaan menyatakan perempuan akan masuk ke neraka akibat menentang poligami kerana ianya merupakan sunnah Nabi SAW.

Dakwaan tersebut turut menyatakan wanita akhir zaman lebih mengejar nikmat dunia berbanding payung emas di akhirat.

Ujar Zulkifli, sikap sebagai Muslim adalah tidak menentang sebarang syariat Allah SWT yang pasti ada keperluan dan hikmah dalam keadaan tertentu.

“Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain,” katanya.–AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts