Isu LGBT kian membimbangkan

Kuala Lumpur: Kerajaan berharap isu sosial membabitkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diberi perhatian oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, ini memandangkan isu LGBT semakin membimbangkan.ADVERTISEMENT

“Kerajaan memandang serius dengan isu berkaitan golongan LGBT yang semakin membimbangkan mutakhir ini.

“Sebagai negara berpegang kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan, yang menerapkan nilai-nilai moral berlandaskan adat, budaya dan agama, maka, LGBT adalah bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia,” katanya menjawab soalan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, homoseksual adalah bertentangan dengan undang-undang negara, bukan saja undang-undang jenayah syariah, malah juga undang-undang sivil.

“Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah,” katanya.

Idris berkata, kerajaan melalui mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menegaskan dalam kenyataannya pada 16 Jun 2019 di Cambridge Union, United Kingdom bahawa Malaysia bertegas tidak akan mengalah kepada sebarang tekanan untuk menerima amalan songsang di kalangan rakyat negara ini, terutamanya membabitkan unsur LGBT.

Beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) 2019-2025 bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat, terutama permasalahan sosial dihadapi masyarakat Islam yang semakin meruncing.

“Pelbagai isu seperti penagihan dadah, remaja hamil (tidak berkahwin), pembuangan bayi, perceraian, gelandangan, penularan virus HIV/AIDS, penagihan arak, seks bebas, sumbang mahram, jenayah juvana, pengamalan gaya hidup songsang dan sebagainya.

“Pelaksanaan PTSI juga mendukung kepada Dasar Sosial Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),” katanya.-My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts