Jemaah di surau bertambah 100 peratus

Melaka: Sepuluh basikal disediakan kepada remaja yang menunaikan solat Isyak, Rarawih, witir dan Subuh berjemaah di Surau Jumaat Ar- Raudhah, Taman Paya Rumput Perdana.

Ia sebagai insentif kepada kesungguhan remaja beribadah terutama ketika Ramadan selain membentuk remaja cemerlang dalam beribadah.

Pengerusi surau, Mohd Nasir Bakri berkata, ia juga antara usaha menanam minat kanak-kanak dan remaja berusia 7 hingga 15 tahun untuk solat berjemaah di surau atau masjid sekaligus membentuk generasi masa depan yang menyokong syiar Islam.

Katanya, mereka disyaratkan untuk mendaftar masuk setiap kali ke surau berkenaan dengan remaja yang berjaya menamatkan 40 hari solat berjemaah secara istiqamah akan menerima hadiah basikal yang disediakan.

“Apa yang membanggakan selepas dua hari dilancarkan perubahan mendadak pengunjung terutama pertambahan 100 peratus jemaah di surau terbabit berbanding sebelum ini.

“Apa yang positifnya, remaja berkenaan turut menarik ibu dan bapa ke surau sekali gus menanam minat keluarga untuk solat berjemaah bersama-sama. Buat masa ini rekod kehadiran sebelum Ramadan dicatat bagi solat Isyak dan Subuh.

Beliau berkata, ia satu permulaan positif untuk membolehkan surau menjadi lokasi pertemuan dan ikatan silaturahim ahli keluarga dan penduduk dan memenuhi tuntutan agama.

Sumbangan basikal turut dihadiahkan oleh individu dan bank selain wakil rakyat kawasan berkenaan sekali gus menyokong usaha yang diatur.

Seorang jemaah, Roslan Yahya berkata, program berkenaan melatih mereka hadir solat berjemaah dari usia muda dan mampu diteruskan pada masa hadapan. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts