Lembu makin mahal namun ibadah korban tetap rancak

Seremban: Walaupun harga lembu melambung hingga RM7,000 seekor namun ia tidak menjejaskan permintaan haiwan ternakan itu untuk ibadah korban tahun ini.

Permintaan terhadap binatang ternakan itu di Negeri Sembilan meningkat di luar jangkaan menyebabkan pengusaha dan penternak tidak mampu memenuhi semua permintaan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Usahawan Ruminan Negeri Sembilan (PURNS), Maarif Maarof, berkata rata-rata pengusaha tidak mampu menyediakan sepenuhnya permintaan umat Islam yang ingin melakukan korban ternakan pada Aidiladha, Ahad ini kerana bekalan tidak mencukupi.

“Kami tidak menjangka permintaan terhadap binatang ternakan untuk ibadah korban kali ini begitu menggalakkan.

“Ada kemungkinan keadaan ini berlaku berikutan ramai umat Islam tidak berpeluang melakukan ibadah korban berikutan Covid-19 tahun lalu. Ini membuatkan mereka tidak mahu melepaskan peluang melaksanakannya tahun ini.

“Sehingga hari ini, beberapa pengusaha di Negeri Sembilan masih lagi menerima permintaan sama ada daripada individu mahupun jawatankuasa masjid atau surau yang ingin menempah binatang ternakan untuk ibadah korban,” katanya tadi.

Maarif berkata, kenaikan harga binatang ternakan tidak dapat dielakkan kerana harga makanan yang semakin tinggi.

“Pengusaha terpaksa menaikkan harga untuk menampung kos makanan ternakan yang meningkat selain beberapa kos lain berkaitan,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts