JHEAIK pantau kumpulan Hadi Minallah, kenal pasti pengikut di Kedah

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memantau gerakan kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri ini susulan satu perhimpunan pertubuhan itu diadakan di Langkawi, Jun lepas.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusri Md Daud berkata, siasatan awal mendapati pertubuhan dari Indonesia ini tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan Langkawi sebagai lokasi perhimpunan berkenaan.

“Kumpulan ini berasal dari Indonesia dan berpusat di Singapura. Belum ada cawangan di Kedah mahupun Langkawi. Majlis berkenaan menghimpun semua ahlinya dari negeri lain juga.

“Bagaimanapun, kita memantau kegiatan mereka ini dan akan mengambil tindakan susulan,” katanya

Katanya, JHEAIK akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti penduduk negeri ini yang terlibat dengan pertubuhan tersebut.

“JHEAIK juga menasihatkan agar orang ramai menjauhi kumpulan berkenaan kerana dikhuatiri terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.

Tular sejak semalam video memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab memeluk dan mencium seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan ini dalam satu majlis konvokesyennya di Langkawi.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menyekat serta mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad turut meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan kumpulan berkenaan yang aktif menyebar dakyah mereka melalui media sosial. –UTUSAN ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Zionis bedil Gaza lagi!

  BAITULMAQDIS – Pesawat Israel melancarkan beberapa siri serangan terbaru menyasarkan lokasi di utara Semenanjung Gaza, semalam.Jurucakap tentera…