Tadah tangan ketika doa dibaca hanya sunat

PUTRAJAYA: Umat Islam di Selangor tidak perlu bertelagah dalam isu makmum menadah tangan ketika khatib membaca doa semasa khutbah kedua kerana hukumnya adalah sunat.

Bahkan, Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi hantaran dalam laman sosialnya berkata, perbuatan itu tidak salah meskipun ada pendapat menyatakan sunat tangan tidak diangkat.

“Tiada anjuran atau larangan khusus untuk mengangkat tangan ketika khatib membaca doa namun disunatkan bagi makmum dengan mengambil makna umum hadis tertentu,” jelasnya.

Perkara tersebut ujarnya, berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW sendiri yang pernah diriwayatkan sahabat baginda, Salman al-Farisi dan bersumberkan rujukan Taudih Al-Ahkam. 

Menurut jabatan itu, amalan menadah tangan ketika khatib membaca doa pada akhir khutbah kedua sebelum solat Jumaat termasuk dalam kategori doa yang tiada ada sebarang anjuran.

Bagaimanapun, perbuatan ini pula tiada larangan dengan sebahagian besar ulama menyifatkan sebagai sunat bagi makmum sebagai tanda kerendahan jiwa hamba itu di hadapan Allah.

Jabatan berkenaan menyatakan bahawa para ulama mengharuskan mengangkat tangan bagi doa yang tiada dalil menunjukkan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berbuat demikian.

“Kategori ini termasuk dalam majoriti doa secara umum antaranya sebelum makan, tidur dan masuk tandas sebagai menzahirkan perasaan rendah diri ketika berdepan Allah,” katanya.

Hukum sunat tidak ditadah tangan ketika khatib membaca doa itu diterima sebahagian ulama mazhab Hambali kecuali bagi solat istisqa iaitu solat memohon hujan semasa kemarau teruk.

Mereka berpandukan kepada pendapat daripada kritikan Umarah Ruwaibah yang mendakwa perbuatan itu tidak ada dilakukan Rasulullah SAW sendiri dan dari kalangan sahabat baginda.

Sebaliknya jabatan tersebut menyatakan bahawa terdapat pendapat sunat menadah tangan berdasarkan pandangan oleh Ibn Hajar al-Haytami dalam kitab al-Fatawa al-Fiqiah al-Kubra.

Malahan, perbuatan itu merupakan ‘kunci’ bagi doa dimakbulkan Allah kerana Tuhan Maha Pemalu apabila ada hamba-Nya yang menadah tangan berdoa tetapi Dia membiarkan tertolak. 

Imam Malik dan ulama mazhab Syafie bahkan menegaskan bahawa jemaah yang mendengar khutbah tidak termasuk dalam larangan mengangkat tangan ketika doa dibacakan khatib. – UTUSAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts