- Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan kepada kita kegilaan kepada jawatan akan melimpahkan bahana yang dahsyat jika dibandingkan dengan serigala yang dilepaskan kepada sekumpulan kambing. Sabda Rasulullah:
مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِي غَنَمٍ، بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِينِهِ
Dua serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosakkan jika dibandingkan dengan sifat tamak manusia terhadap harta dan kuasa yang sangat merosakkan agamanya. (HR Ahmad)
- Rasulullah turut berpesan dalam satu hadith bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Sabda Rasulullah:
إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ
“Sesungguhnya aka nada dikalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat. (HR al-Bukhari)
- Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa orang yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya diberikan jawatan. Perkara ini dijelaskan ketika Baginda ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah menjawab:
إنا لا تُولي هذا مَنْ سَألهُ وَلا مَنْ حَرَص عليه
“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gila kan jawatan kepimpinan.”
- Artikel ini adalah petikan dari buku 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan:
https://taybah.my/product/40-hadis-tentang-politik-dan-kepimpinan/
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM