Dengar alunan ayat Al-Quran, pelancong Jepun lafaz kalimah syahadah

KUALA LUMPUR: Dua pelancong dari Jepun memeluk agama Islam selepas mendengar alunan ayat suci al-Quran dalam Majlis Saringan Tilawah al-Quran yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menerusi hantaran di Facebook JAWI, kedua-duanya terdengar bacaan al-Quran itu semasa mengunjungi Masjid Negara, di ibu negara, lokasi berlangsungnya pertandingan tersebut.

“Salah seorang peserta acara tilawah berkesempatan menyampaikan tentang keindahan ajaran Islam kepada mereka berdua, dan Alhamdulillah mereka melafazkan syahadah sebelum kembali ke Tokyo.

“Ketika sebahagian orang terpaut hatinya kepada keindahan Islam, mengapa sebahagian kita masih tercari-cari dan meragui kebenarannya,” memetik hantaran tersebut.

Hantaran di Facebook itu mendapat banyak reaksi positif selain turut dikongsikan oleh warga net di media sosial.—AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts