Jika tiada keperluan, tak perlu lawat rumah ibadat agama lain

Alor Setar: Umat Islam yang tiada kepentingan dan keperluan dilarang menziarahi rumah ibadat bukan Islam kerana dibimbangi terpesong akidah jika tiada ilmu dan iman.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata hanya golongan dan individu tertentu sahaja yang boleh berbuat demikian dengan syarat tidak menyertai ritual agama terbabit serta perkara lain berkaitan akidah.

“Menziarahi rumah ibadat bukan Islam dia bukanlah tidak boleh langsung tapi kena lihat siapa yang akan membuat kunjungan itu.

“Kunjungan yang ada keperluan dan kepentingan dari kalangan pemimpin dan tokoh agama yang mempunyai ilmu pengetahuan dan tidak memberi kesan terhadap akidah, maka dibolehkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online dan Program Jom Sedekah Food LZNK di Menara Zakat di sini, semalam.

Katanya, jika secara umum membabitkan orang biasa terutama golongan muda memang dilarang ke tempat ibadat bukan Islam kerana ‘dalaman’ mereka belum mencukupi untuk berhadapan dengan perkara yang dibimbangi boleh menyebabkan akidah mereka terjejas.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata golongan tertentu yang dibolehkan berkunjung ke rumah ibadat itu juga perlu mempunyai ketahanan dan diyakini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada akidah.

Baru-baru ini, Impact Malaysia sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’, yang mempelawa belia bukan Kristian untuk menyertai program itu.

Terkini, program itu yang dijadualkan berlangsung esok di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, dibatalkan oleh penganjur. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts