Zionis ceroboh al-Aqsa, halau jemaah Palestin tunai solat tarawih

BAITULMAQDIS – Rejim haram Israel semakin agresif menceroboh masuk Masjid al-Aqsa bagi menghalang penduduk Palestin menunaikan solat sunat tarawih.

Rejim mengusir jemaah wanita Palestin yang berada di Dewan Solat Al-Qibli dan mengheret mereka ke Pintu Al-Maghribi selain memutuskan bekalan elektrik sebagai hukuman kepada jemaah yang enggan meninggalkan masijd.

Sumber tempatan memaklumkan, rejim juga melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah jemaah yang sedang solat tarawih.

Malah, mereka juga memecah tingkap kawasan Al-Qibli menyebabkan sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin cedera.

Sejak Ramadan, rejim menyerbu masjid setiap hari terutama bagi menindas rakyat Palestin selain mencetuskan peperangan agama.

Sementara itu, Kumpulan ekstremis Temple Mount (Al-Haram Al-Sharif) menyeru peneroka haram Israel menceroboh Masjid al-Aqsa ketika perayaan Paskah yahudi dan menawarkan haiwan korban di halaman masjid suci tersebut.

Kumpulan tersebut meminta pengikutnya berkumpul di pintu masuk pekarangan Masjid al-Aqsa pada malam raya Yahudi yang bermula hari ini, 5 April. – Agensi.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts