Sambut Ramadan dengan ‘Roh Islam’, bukan sekadar kebiasaan

KUALA LUMPUR: Dalam kita menyambut Ramadan tahun ini, kita perlu berhati-hati. Jangan hanya menyambut Ramadan sebagai kebiasaaan ataupun sebagai adat, tetapi sambutlah dengan ‘Roh Islam’.

Presiden dan Pengasas Al-Khaadem, Datuk Sheikh Hussain Yee berkongsi pesan bahawa ibadat puasa mempunyai fadilat terbesar kerana seseorang itu berlapar, berdahaga, makan dan minum yang padanya diberikan pahala, sehinggalah kepada perbuatan berjaga dan tidur yang merehatkan roh, jasad dan akal.

Ertinya bila kita puasa, ia ada tiga peringkat. Yang pertama, puasa sejak dari awal hari pada bulan Ramadan, Rasululah SAW berkata sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan keimanan dan harap supaya Allah SWT terima, Allah akan ampunkan segala dosa-dosa lalunya.

Yang kedua, umat Islam diseru melakukan solat Tarawih serta rajin serta rajin melakukan Qiamulail. Nabi bersabda;Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.

Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan qiyam Ramadan yang meliputi solat tarawih, pembacaan al-Quran, zikir dan doa, serta selainnya daripada ibadah yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadan, sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu.

Manakala yang ketiga adalan mencari malam Lailatul Qadar. Sepuluh malam terakhir umat Islam diseru untuk lebih aktif beribadat agar berdoa, baca Quran dan lakukan perkara yang diredhai Allah SWT.Dalam pada itu, umat Islam juga digalakkan membaca doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada Aisyah RA apabila bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Doanya adalah;Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW:“Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan.Nabi SAW bersabda: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya:“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.Disunatkan memperbanyakkan membaca doa ini pada malam al-Qadar. Begitu juga, disunatkan membaca al-Quran, zikir-zikir dan doa-doa yang disunatkan pada tempat-tempat yang mulia.Amalkan doa ini khusus untuk 10 malam terakhir. Ini dinamakan The night of power, Rasulullah SAW menyuruh kita mencari pada malam ganjil bermula 21, 23, 25, 27 dan 29 dan baginda tidak tetapkan pada satu malam sahaja.

Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah Taala dalam al-Quran, antaranya firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar?

Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1 – 5)

Akan tetapi fadilat malam mulia tersebut akan menyinari orang-orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan juga istiqamah dalam mempertahankan nilai-nilai keislaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan aktiviti kehidupan sehariannya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts